Khamis

setting blog nie dah lari...

Maaf la der blog nie Dah lari Setting...
Mula-mula main edit edit pas 2 dah x reti nak undur balik...hahaha
Jadi semua setting yang mula2 2 dah pergi kat Bawah...Streesss..So Korang Boleh la Klik KAT SINI Blog Baru Der....Cute..
So Korang Kena Klik Kat SIni TO HOME PAAGE

Join The Club



RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!

Sabtu

MTS 1022


Laman Blog Terbaru Untuk Pembangunan Laman Web DAN Blog...Sila Layari<clik> TQ Daripada Pihak Admin.


Kalau la Keta ak cam Nie...


POLIS = P-D-L-1-5


NASA

L7

ADDIOS
KAMI THE MOVIE
MARRIO11

GENG MAFIA

TAHI
ADUIIIIII...
LOVE U ALL

yang x sempat nak post kete mawi...dia punya flat gempak giler...

Isnin

SALAM RAYA




Andai jemari tiada kudrat, setidaknya kata masih dapat terungkap. Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, ada langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa. Sesungguhnya… Mata kadang salah melihat. Mulut juga tersalah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf zahir dan bathin atas segala kesalahan

Ahad

Jom Ke Pantai...Menarik siottt...

kepala sape nie kne penyet...
Sand Sculpture Pictures, Images and Photos

futurama kan...
Simpsons sand sculpture Pictures, Images and Photos

buaya laut
Sand sculpture Pictures, Images and Photos

aduh releksnyerr ngan dugong....
Sand sculpture, Poseidon Pictures, Images and Photos

Jom Minum kopi...

Coffee - tree Pictures, Images and Photos

Coffee Art Pictures, Images and Photos

coffee Pictures, Images and Photos

coffee art butterfly Pictures, Images and Photos

heart&amp;tamper Pictures, Images and Photos

cam nie cara buat yeak....

Isnin

New Design

Rabu

Seni Untuk Semua...................??????

kritikan untuk Seorang Pelukis yg Aktif berkarya......

Isnin

Rabu

Kretiviti Dalam Seni Visual

Kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Hasil Pembelajaran :

1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual.

2. Mengklasifikasi kreativiti dalam proses pengkaryaan seni visual.

3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses penghasilan karya seni visual.

4. Menganalisis proses kreatif dalam pengkaryaan bidang seni visual.

5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam karya seni visual.

klik Now






Khamis

Promosi Renovation


Apa tunggu lagi!!!

PROMOSI DAN TAWARAN HEBAT......
Sesiape sje yang nak wat rumah.....renouvation ker..call jer no di atas....x kira dimana saja...ok

Di Sebalik Yahoo

Korang sudah tentu biasa dengan Search Engine Yahoo kan? Sebenarnya ada sesuatu disebalik logo Yahoo itu sendiri. Cuba anda klik pada bahagian ! seperti gambar di bawah. Maksudnya anda perlu ke website Yahoo.com kemudian pada bahagian atas logo seperti di bawah, anda perlu klik tanda !.

misteri-yahoo

Yang penting anda perlu buka speaker PC anda kuat-kuat dan Anda boleh dengar suara misteri
jangan takut-takut dan....

Rabu

Asas Grafik


Hasil Pembelajaran...

Pengenalan

Melihat sesuatu hasil kerja grafik digital anda dipersembahkan kembali dalam bentuk merupakan satu pengalaman manis ada juga menakutkan. Ini memandangkan kualiti hasil kualiti cetakan yang agak subjektif. Ada masanya apa yang diharapkan dalam keadaan lain dan apa yang dikehendaki daripada papan skrin lain dari apa yang dicetak. Keadaan ini berlaku kerana seseorang pereka grafik tida memahami proses yang mempengaruhi kualiti cetakan.oleh sedemikian akan bincangkan khususnya dari aspek kualiti cetakan yang diperoleh.

1.0 Kualiti Paparan Berbanding Kualiti Cetakan

Jika dibandingkan dengan kualiti imej yang dicetak,imej yang dipaparkan di skrin biasanya lebih rendah kualiti paparan kerana medium persembahan (monitor) menggunakan resolusi paparan yang lebih rendah berbanding dengan resolusi cetakan yang kita cetak di kedai.Walaubagaimanapun ,perbezaan kualiti imej yang dicetak dengan kualiti imej yang dipaparkan menerusi skrin komputer tidak bergitu ketara .

Sebelum sesuatu kerja rekabentuk grafik dimulakan , seseorang pereka grafik haruslah memahami isu-isu utama yang akan memberi kesan kepada kualiti paparan dan juga kualiti cetakan .Antara isu-isu yang perlu diambil kira ialah :

1. Kualiti hasil cetakan yang diperlukan
2. Kos yang sanggup dilaburkan bagi tujuan cetakan
3. Berapa banyak warna yang akan digunakan
4. Jenis warna yang akan digunakan:warna proses,warna spot atau sekadar menggunakan kertas warna
5. Jenis atau kualiti kertas yang akan digunakan bagi tujuan cetakan

Kelima-lima faktor ini akan memberi kesan kepada kualiti hasil cetakan yang akan diperolehi.


Kesenian awal orang Melayu sebelum 1930-an

Kesenian Tradisional ini memberi impak kepada keseniann moden Malaysia

Dalam merentasi perubahan masa, situasi juga mula berubah. Keadaan ini juga turut berlaku dalam kesenian tradisional Melayu Malaysia. Dimensi perubahan ini telah memberikan impak yang sangat kuat dalam kelahiran seni moden Malaysia. Sebagaimana lahirnya seni moden ini begitu juga lahirnya seni kontemporari yang diilhamkan dari gabungan idea moden dan tradisional lalu menghasilkan satu kesenian yang sangat unik dan penuh estetik.

Persoalan bagaimana seni taradisional memberi impak yang sangat kuat dalam seni moden Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek antaranya dari segi motif, fungsi, media, nilai dan juga pendekatan. Dalam menyelurusi kedua-dua kesenian ini, terdapat perbedaan yang cukup jelas antara kedua-duanya namun masih ada kaitan dan pertalian yang tidak dapat dipisahkan.

Melihat dari sudut motif, kesenian Tradisional kebiasaannya mengambil motif alam sejagat dalam setiap karya dan produk yang mereka hasilkan. Motif alam flora dan fauna tidak pernah jauh dari kehidupan mereka. Begitulah dengan penciptaan awan larat yang diterapkan dalam seni ukiran kayu cukup menggambarkan nilai hidup mereka yang sangat tradisi dan mekar dengan alunan alam sekeliling. Kehadiran seni moden tidak mengikis motif ini secara terang-terangan. Awan larat masih lagi menjadi idea namun ia kemudiannya diolah menjadi lebih sebati dengan perkembangan semasa. Motif awan larat ini diabstrakkan dengan stail dan cara yang berlainan. Ia mungkin kelihatan agak kasar dengan idea yang baru dan moden. Ini dapat dilihat menerusi lukisan Syed Ahmad Jamal ’Gunung Ledang’(1978). Selain itu, dalam penghasilan batik juga, motif flora dan fauna masih lagi wujud namun ia menjadi semakin abstrak dan simbolik dalam rekaan dan penghasilannya sebagaimana yang dapat dilihat menerusi karya ’Siri Nusantara 1’ (1982) oleh Fatimah Chik.

Pada era 30-an, seni tradisional pada zaman itu adalah lebih cenderung untuk kegunaan harian dan juga kemudahan mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Fungsi ini semakin berubah melalui pemikiran dan inovasi yang terkini, dunia telah menjadi semakin maju. Kebanyakan produk-produk seni ini tidak lagi digunakan. Namun, dengan kesedaran tentang peri pentingnya memelihara nilai seni tradisional yang unik dan indah, ia masih digunakan namun fungsinya tidak lagi seperti dahulu. Kebanyakan produk-produk ini dihasilkan atas tujuan yang lebih komersial antaranya sebagai alat hiasan dan pameran, serta penyeri ruang rumah atau sesuatu kawasan. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah dengan penggunaan tembikar ’Labu Sayong’. Pada zaman dahulu, tembikar ini digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air sebelum diminum. Arus semasa telah menukar fungsinya. Pada hari ini, tembikar ini digunakan sebagai hiasan di sudut rumah malahan ada juga yang menjadikannya sebagai arca yang kemudiannya dihiaskan di taman-taman dengan gaya yang lebih komersial dan kreatif. Begitu juga dengan penghasilan batik yang kini bukan hanya bertindak sebagai pakaian ditubuh wanita dan lelaki namun ia juga berfungsi sebagai hiasan dinding, penghadang ruang, malah turut digunakan sebagai langsir, pengalas meja, kasut, beg tangan, payung dan sebagainya. Inovasi ini telah memberikan ruang lingkup yang lebih besar dalam sesuatu kesenian yang terhasil pada era tradisi dahulu.

Penggunaan medium juga mula mengalami anjakan. Jika dilihat penghasilan produk-produk seni pada zaman tradisi adalah berdasarkan media-media yang telah sedia ada rentetan dari corak kehidupan mereka pada waktu tersebut. Penggunaan medium ini mula berubah setelah memasuki fasa kemodenan seni di mana dapat dilihat banyak stail dari medium yang berlainan mula wujud. Masih lagi melihat kepada kesenian batik, penghasilan batik pada zaman tradisional kebanyakkannya menggunakan batik lukis dan juga batik canting yang tentunya menggunakan canting dalam menghasilkan produk batik tersebut. Namun, anjakan kemodenan telah memberikan impak yang sedikit berbeda. Medium penghasilan batik tidak semestinya menggunakan canting, namun dengan menggunakan medium lainnya seperti penggunaan berus, span, kayu, jarum, garam dan sebagainya ternyata memberikan kesan yang sangat simbolik dan juga abstrak. Di samping itu, tidak perlu hairan jika pada zaman kemodenan ini, batik tidak hanya terlakar di atas kain putih, namun ia kini mula terdampar di atas kanvas catan dengan gaya yang tersendiri. Penerokaan seni ini ternyata memberikan dimensi baru kepada medium penghasilan batik. Antara pelukis yang menjadi perintis kepada catan batik di Malaysia ialah Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan juga Tay Mo Leong. Antara contoh catan batik yang terkenal ialah ’Fruit Season’(1988) oleh Chuah Thean Teng.

Studio Tembikar



aduhh tembikar.........

Bahan dan alatan yang digunakan dalam kursus ini adalah amat bersesuaian. Dari segi penyesuaian teknik ketiga-tiga teknik asas yang di pelajari seperti teknik picit, lingkaran dan kepingan yang dikombinasikan dalam menghasilkan tembikar final ini iaitu tembikar labu air yang diketegorikan dalam tembikar sayong.

Sewaktu proses pembuatan tembikar dijalankan, penggunaan teknik yang sesuai amat penting untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kelembutan tangan dan jari menbantu dalam menghasilkan labu air yang mengunakan teknik lingkaran. Jika tidak berhati-hati kemungkinan besar bentuk produk tersebut akan berbeza kerana ketebalan tanah yang tidak seimbang.

Apabila produk telah siap dibentuk, langkah seterusnya perlulah diberi perhatian semasa kita hendak mengukir motif pada produk tersebut. Sebelum mengukir, keadaan tembikar dalam keadaan separuh kering atau ”leader head” untuk menpermudahkan ukiran pada permukaan tembikar yang geluk. Seperti kumpulan saya motif yang dipilih ialah segi empat yang berbentuk segi empat dan ini merupakan motif geometri pada permukaan tembikar. Motif pada tembikar juga diaplikasikan motif pucuk rebung sebagai motif tradisional.

Sebelum ukiran dibuat pada permukaan produk, kajian tentang komposisi dan saiz motif haruslah dijalankan. Saiz yang dipilih harus bersesuiaan dengan bentuk tembikar tersebut dan hasil tanpa pengukuran yang tepat pada permukaan tembikar akan menyebabkan motif kelihatan tidaj sama. Setiap ukiran hendaklah dijalankan hendaklah dilakukan dengan penuh ketekunan dan kesabaran yang tinggi .Proses pengulangan motif petak atau dimond dapat menghasilkan motif yang kemas dan sebagai elimen menghasilkan motif.

siap punnnnn...

Pop Art

Karya Pop Art HHeeeeAlamak Nak POst Gak..

Aliran Seni Pop Art

Definasi
Istilah pop art yang berasal dari kata “popular art” merupakan sebuah aliran seni yang memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang popular seperti majalah, iklan, telivesyen, komik. Seni Pop.(Pop Art) merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat. Artis pop memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’, gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya. Penciptaan istilah seni pop selalunya dirujuk kepada seni kritik British.

Lawrence Alloway, seorang kurator telah menggunakan terma atau istilah kebudayaan massa popular dalam eseinya yang bertajuk ‘ The Arts and Mass Media ‘. Namun begitu, Alloway merupakan salah seorang pengkritik yang mempertahankan kebudayaan massa dan Seni Pop sebagai sebuah bentuk seni yang sah. Seni Pop merupakan salah sebuah pergerakan seni utama pada abad ke-21. kebudayaan massa popular telah dikategorikan kepada tema dan teknik seperti pengiklanan dan buku-buku komik.

Seni Pop secara luasnya, ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominant stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan lemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis. Seni pop selalunya mensasarkan kepada penonton yang luas dan pop art merupakan bentuk perluasan subjek seni yang berasal dari (kemasan) desingner grafik kemasan, tanda, billboard, iklan dan teknik reproduksi komersial.


cewahhhh...

Aliran Kubisme



Kubisme merupakan aliran yang paling radical, innovative dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme yaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca.

Istilah "Kubis" itu sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa kritikus. Louis Vauxelles (kritikus Prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berkomenmtar bahwa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual.


Subscribe
Related Posts with Thumbnails

MEMBER

GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG

online

Blog Ini Cam Maner...?