Sabtu
Isnin
SALAM RAYA
Andai jemari tiada kudrat, setidaknya kata masih dapat terungkap. Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, ada langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa. Sesungguhnya… Mata kadang salah melihat. Mulut juga tersalah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf zahir dan bathin atas segala kesalahan
Isnin
Isnin
Rabu
Kretiviti Dalam Seni Visual
Hasil Pembelajaran :
1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual.
2. Mengklasifikasi kreativiti dalam proses pengkaryaan seni visual.
3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses penghasilan karya seni visual.
4. Menganalisis proses kreatif dalam pengkaryaan bidang seni visual.
klik Now
Khamis
Promosi Renovation
Di Sebalik Yahoo
misteri-yahoo
Yang penting anda perlu buka speaker PC anda kuat-kuat dan Anda boleh dengar suara misteri
jangan takut-takut dan....
Rabu
Asas Grafik
Melihat sesuatu hasil kerja grafik digital anda dipersembahkan kembali dalam bentuk merupakan satu pengalaman manis ada juga menakutkan. Ini memandangkan kualiti hasil kualiti cetakan yang agak subjektif. Ada masanya apa yang diharapkan dalam keadaan lain dan apa yang dikehendaki daripada papan skrin lain dari apa yang dicetak. Keadaan ini berlaku kerana seseorang pereka grafik tida memahami proses yang mempengaruhi kualiti cetakan.oleh sedemikian akan bincangkan khususnya dari aspek kualiti cetakan yang diperoleh.
1.0 Kualiti Paparan Berbanding Kualiti Cetakan
Jika dibandingkan dengan kualiti imej yang dicetak,imej yang dipaparkan di skrin biasanya lebih rendah kualiti paparan kerana medium persembahan (monitor) menggunakan resolusi paparan yang lebih rendah berbanding dengan resolusi cetakan yang kita cetak di kedai.Walaubagaimanapun ,perbezaan kualiti imej yang dicetak dengan kualiti imej yang dipaparkan menerusi skrin komputer tidak bergitu ketara .
Sebelum sesuatu kerja rekabentuk grafik dimulakan , seseorang pereka grafik haruslah memahami isu-isu utama yang akan memberi kesan kepada kualiti paparan dan juga kualiti cetakan .Antara isu-isu yang perlu diambil kira ialah :
1. Kualiti hasil cetakan yang diperlukan
2. Kos yang sanggup dilaburkan bagi tujuan cetakan
3. Berapa banyak warna yang akan digunakan
4. Jenis warna yang akan digunakan:warna proses,warna spot atau sekadar menggunakan kertas warna
5. Jenis atau kualiti kertas yang akan digunakan bagi tujuan cetakan
Kesenian awal orang Melayu sebelum 1930-an
Dalam merentasi perubahan masa, situasi juga mula berubah. Keadaan ini juga turut berlaku dalam kesenian tradisional Melayu Malaysia. Dimensi perubahan ini telah memberikan impak yang sangat kuat dalam kelahiran seni moden Malaysia. Sebagaimana lahirnya seni moden ini begitu juga lahirnya seni kontemporari yang diilhamkan dari gabungan idea moden dan tradisional lalu menghasilkan satu kesenian yang sangat unik dan penuh estetik.
Persoalan bagaimana seni taradisional memberi impak yang sangat kuat dalam seni moden Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek antaranya dari segi motif, fungsi, media, nilai dan juga pendekatan. Dalam menyelurusi kedua-dua kesenian ini, terdapat perbedaan yang cukup jelas antara kedua-duanya namun masih ada kaitan dan pertalian yang tidak dapat dipisahkan.
Melihat dari sudut motif, kesenian Tradisional kebiasaannya mengambil motif alam sejagat dalam setiap karya dan produk yang mereka hasilkan. Motif alam flora dan fauna tidak pernah jauh dari kehidupan mereka. Begitulah dengan penciptaan awan larat yang diterapkan dalam seni ukiran kayu cukup menggambarkan nilai hidup mereka yang sangat tradisi dan mekar dengan alunan alam sekeliling. Kehadiran seni moden tidak mengikis motif ini secara terang-terangan. Awan larat masih lagi menjadi idea namun ia kemudiannya diolah menjadi lebih sebati dengan perkembangan semasa. Motif awan larat ini diabstrakkan dengan stail dan cara yang berlainan. Ia mungkin kelihatan agak kasar dengan idea yang baru dan moden. Ini dapat dilihat menerusi lukisan Syed Ahmad Jamal ’Gunung Ledang’(1978). Selain itu, dalam penghasilan batik juga, motif flora dan fauna masih lagi wujud namun ia menjadi semakin abstrak dan simbolik dalam rekaan dan penghasilannya sebagaimana yang dapat dilihat menerusi karya ’Siri Nusantara 1’ (1982) oleh Fatimah Chik.
Pada era 30-an, seni tradisional pada zaman itu adalah lebih cenderung untuk kegunaan harian dan juga kemudahan mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Fungsi ini semakin berubah melalui pemikiran dan inovasi yang terkini, dunia telah menjadi semakin maju. Kebanyakan produk-produk seni ini tidak lagi digunakan. Namun, dengan kesedaran tentang peri pentingnya memelihara nilai seni tradisional yang unik dan indah, ia masih digunakan namun fungsinya tidak lagi seperti dahulu. Kebanyakan produk-produk ini dihasilkan atas tujuan yang lebih komersial antaranya sebagai alat hiasan dan pameran, serta penyeri ruang rumah atau sesuatu kawasan. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah dengan penggunaan tembikar ’Labu Sayong’. Pada zaman dahulu, tembikar ini digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air sebelum diminum. Arus semasa telah menukar fungsinya. Pada hari ini, tembikar ini digunakan sebagai hiasan di sudut rumah malahan ada juga yang menjadikannya sebagai arca yang kemudiannya dihiaskan di taman-taman dengan gaya yang lebih komersial dan kreatif. Begitu juga dengan penghasilan batik yang kini bukan hanya bertindak sebagai pakaian ditubuh wanita dan lelaki namun ia juga berfungsi sebagai hiasan dinding, penghadang ruang, malah turut digunakan sebagai langsir, pengalas meja, kasut, beg tangan, payung dan sebagainya. Inovasi ini telah memberikan ruang lingkup yang lebih besar dalam sesuatu kesenian yang terhasil pada era tradisi dahulu.
Penggunaan medium juga mula mengalami anjakan. Jika dilihat penghasilan produk-produk seni pada zaman tradisi adalah berdasarkan media-media yang telah sedia ada rentetan dari corak kehidupan mereka pada waktu tersebut. Penggunaan medium ini mula berubah setelah memasuki fasa kemodenan seni di mana dapat dilihat banyak stail dari medium yang berlainan mula wujud. Masih lagi melihat kepada kesenian batik, penghasilan batik pada zaman tradisional kebanyakkannya menggunakan batik lukis dan juga batik canting yang tentunya menggunakan canting dalam menghasilkan produk batik tersebut. Namun, anjakan kemodenan telah memberikan impak yang sedikit berbeda. Medium penghasilan batik tidak semestinya menggunakan canting, namun dengan menggunakan medium lainnya seperti penggunaan berus, span, kayu, jarum, garam dan sebagainya ternyata memberikan kesan yang sangat simbolik dan juga abstrak. Di samping itu, tidak perlu hairan jika pada zaman kemodenan ini, batik tidak hanya terlakar di atas kain putih, namun ia kini mula terdampar di atas kanvas catan dengan gaya yang tersendiri. Penerokaan seni ini ternyata memberikan dimensi baru kepada medium penghasilan batik. Antara pelukis yang menjadi perintis kepada catan batik di Malaysia ialah Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan juga Tay Mo Leong. Antara contoh catan batik yang terkenal ialah ’Fruit Season’(1988) oleh Chuah Thean Teng.
Studio Tembikar
aduhh tembikar.........
Bahan dan alatan yang digunakan dalam kursus ini adalah amat bersesuaian. Dari segi penyesuaian teknik ketiga-tiga teknik asas yang di pelajari seperti teknik picit, lingkaran dan kepingan yang dikombinasikan dalam menghasilkan tembikar final ini iaitu tembikar labu air yang diketegorikan dalam tembikar sayong.
Sewaktu proses pembuatan tembikar dijalankan, penggunaan teknik yang sesuai amat penting untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kelembutan tangan dan jari menbantu dalam menghasilkan labu air yang mengunakan teknik lingkaran. Jika tidak berhati-hati kemungkinan besar bentuk produk tersebut akan berbeza kerana ketebalan tanah yang tidak seimbang.
Apabila produk telah siap dibentuk, langkah seterusnya perlulah diberi perhatian semasa kita hendak mengukir motif pada produk tersebut. Sebelum mengukir, keadaan tembikar dalam keadaan separuh kering atau ”leader head” untuk menpermudahkan ukiran pada permukaan tembikar yang geluk. Seperti kumpulan saya motif yang dipilih ialah segi empat yang berbentuk segi empat dan ini merupakan motif geometri pada permukaan tembikar. Motif pada tembikar juga diaplikasikan motif pucuk rebung sebagai motif tradisional.
Pop Art
Aliran Seni Pop Art
Istilah pop art yang berasal dari kata “popular art” merupakan sebuah aliran seni yang memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang popular seperti majalah, iklan, telivesyen, komik. Seni Pop.(Pop Art) merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat. Artis pop memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’, gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya. Penciptaan istilah seni pop selalunya dirujuk kepada seni kritik British.
Lawrence Alloway, seorang kurator telah menggunakan terma atau istilah kebudayaan massa popular dalam eseinya yang bertajuk ‘ The Arts and Mass Media ‘. Namun begitu, Alloway merupakan salah seorang pengkritik yang mempertahankan kebudayaan massa dan Seni Pop sebagai sebuah bentuk seni yang sah. Seni Pop merupakan salah sebuah pergerakan seni utama pada abad ke-21. kebudayaan massa popular telah dikategorikan kepada tema dan teknik seperti pengiklanan dan buku-buku komik.
Seni Pop secara luasnya, ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominant stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan lemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis. Seni pop selalunya mensasarkan kepada penonton yang luas dan pop art merupakan bentuk perluasan subjek seni yang berasal dari (kemasan) desingner grafik kemasan, tanda, billboard, iklan dan teknik reproduksi komersial.
Aliran Kubisme
Kubisme merupakan aliran yang paling radical, innovative dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme yaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca.
Selasa
Studio Catan SSS1042
KLIK