Rabu

Pop Art

Karya Pop Art HHeeeeAlamak Nak POst Gak..

Aliran Seni Pop Art

Definasi
Istilah pop art yang berasal dari kata “popular art” merupakan sebuah aliran seni yang memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang popular seperti majalah, iklan, telivesyen, komik. Seni Pop.(Pop Art) merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat. Artis pop memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’, gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya. Penciptaan istilah seni pop selalunya dirujuk kepada seni kritik British.

Lawrence Alloway, seorang kurator telah menggunakan terma atau istilah kebudayaan massa popular dalam eseinya yang bertajuk ‘ The Arts and Mass Media ‘. Namun begitu, Alloway merupakan salah seorang pengkritik yang mempertahankan kebudayaan massa dan Seni Pop sebagai sebuah bentuk seni yang sah. Seni Pop merupakan salah sebuah pergerakan seni utama pada abad ke-21. kebudayaan massa popular telah dikategorikan kepada tema dan teknik seperti pengiklanan dan buku-buku komik.

Seni Pop secara luasnya, ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominant stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan lemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis. Seni pop selalunya mensasarkan kepada penonton yang luas dan pop art merupakan bentuk perluasan subjek seni yang berasal dari (kemasan) desingner grafik kemasan, tanda, billboard, iklan dan teknik reproduksi komersial.


cewahhhh...

4 ulasan:

  1. Salam silaturrahim
    Terima kerana join "risalahproseni" jika ada komentar, kritikan, apresiasi yang 'umh' punya dipersilakan. Pop Art yang tuan bikin itu dah pernah dipamerkankah? Menarik tu jika dipamerkan satu group pop art. Salam persahabatan, syabas dan teruskan berkarya.

    BalasPadam
  2. swassalam...setakat ini belum lagi dan tidak layak kot di pamerkan...baru nak bergiat dalam seni..he3 kalau ader imformasi terbaru boleh kongsi ok..salam persahabatan.

    BalasPadam
  3. xd yg lain agy ker?????? leh kteorg copy tok kerja krusus.... xyah susah buat ayat..... ^_^

    BalasPadam
  4. wah...CANTIK N UNIK..!! sem ni kene wat jugak POP ART sebagai FINAL PROJEK..tp still xtau nak wat theme ape..hohoho..boleh bagi cadangan x,senior?

    BalasPadam

Subscribe
Related Posts with Thumbnails

MEMBER

GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG

online

Blog Ini Cam Maner...?