Rabu

Kesenian awal orang Melayu sebelum 1930-an

Kesenian Tradisional ini memberi impak kepada keseniann moden Malaysia

Dalam merentasi perubahan masa, situasi juga mula berubah. Keadaan ini juga turut berlaku dalam kesenian tradisional Melayu Malaysia. Dimensi perubahan ini telah memberikan impak yang sangat kuat dalam kelahiran seni moden Malaysia. Sebagaimana lahirnya seni moden ini begitu juga lahirnya seni kontemporari yang diilhamkan dari gabungan idea moden dan tradisional lalu menghasilkan satu kesenian yang sangat unik dan penuh estetik.

Persoalan bagaimana seni taradisional memberi impak yang sangat kuat dalam seni moden Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek antaranya dari segi motif, fungsi, media, nilai dan juga pendekatan. Dalam menyelurusi kedua-dua kesenian ini, terdapat perbedaan yang cukup jelas antara kedua-duanya namun masih ada kaitan dan pertalian yang tidak dapat dipisahkan.

Melihat dari sudut motif, kesenian Tradisional kebiasaannya mengambil motif alam sejagat dalam setiap karya dan produk yang mereka hasilkan. Motif alam flora dan fauna tidak pernah jauh dari kehidupan mereka. Begitulah dengan penciptaan awan larat yang diterapkan dalam seni ukiran kayu cukup menggambarkan nilai hidup mereka yang sangat tradisi dan mekar dengan alunan alam sekeliling. Kehadiran seni moden tidak mengikis motif ini secara terang-terangan. Awan larat masih lagi menjadi idea namun ia kemudiannya diolah menjadi lebih sebati dengan perkembangan semasa. Motif awan larat ini diabstrakkan dengan stail dan cara yang berlainan. Ia mungkin kelihatan agak kasar dengan idea yang baru dan moden. Ini dapat dilihat menerusi lukisan Syed Ahmad Jamal ’Gunung Ledang’(1978). Selain itu, dalam penghasilan batik juga, motif flora dan fauna masih lagi wujud namun ia menjadi semakin abstrak dan simbolik dalam rekaan dan penghasilannya sebagaimana yang dapat dilihat menerusi karya ’Siri Nusantara 1’ (1982) oleh Fatimah Chik.

Pada era 30-an, seni tradisional pada zaman itu adalah lebih cenderung untuk kegunaan harian dan juga kemudahan mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Fungsi ini semakin berubah melalui pemikiran dan inovasi yang terkini, dunia telah menjadi semakin maju. Kebanyakan produk-produk seni ini tidak lagi digunakan. Namun, dengan kesedaran tentang peri pentingnya memelihara nilai seni tradisional yang unik dan indah, ia masih digunakan namun fungsinya tidak lagi seperti dahulu. Kebanyakan produk-produk ini dihasilkan atas tujuan yang lebih komersial antaranya sebagai alat hiasan dan pameran, serta penyeri ruang rumah atau sesuatu kawasan. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah dengan penggunaan tembikar ’Labu Sayong’. Pada zaman dahulu, tembikar ini digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air sebelum diminum. Arus semasa telah menukar fungsinya. Pada hari ini, tembikar ini digunakan sebagai hiasan di sudut rumah malahan ada juga yang menjadikannya sebagai arca yang kemudiannya dihiaskan di taman-taman dengan gaya yang lebih komersial dan kreatif. Begitu juga dengan penghasilan batik yang kini bukan hanya bertindak sebagai pakaian ditubuh wanita dan lelaki namun ia juga berfungsi sebagai hiasan dinding, penghadang ruang, malah turut digunakan sebagai langsir, pengalas meja, kasut, beg tangan, payung dan sebagainya. Inovasi ini telah memberikan ruang lingkup yang lebih besar dalam sesuatu kesenian yang terhasil pada era tradisi dahulu.

Penggunaan medium juga mula mengalami anjakan. Jika dilihat penghasilan produk-produk seni pada zaman tradisi adalah berdasarkan media-media yang telah sedia ada rentetan dari corak kehidupan mereka pada waktu tersebut. Penggunaan medium ini mula berubah setelah memasuki fasa kemodenan seni di mana dapat dilihat banyak stail dari medium yang berlainan mula wujud. Masih lagi melihat kepada kesenian batik, penghasilan batik pada zaman tradisional kebanyakkannya menggunakan batik lukis dan juga batik canting yang tentunya menggunakan canting dalam menghasilkan produk batik tersebut. Namun, anjakan kemodenan telah memberikan impak yang sedikit berbeda. Medium penghasilan batik tidak semestinya menggunakan canting, namun dengan menggunakan medium lainnya seperti penggunaan berus, span, kayu, jarum, garam dan sebagainya ternyata memberikan kesan yang sangat simbolik dan juga abstrak. Di samping itu, tidak perlu hairan jika pada zaman kemodenan ini, batik tidak hanya terlakar di atas kain putih, namun ia kini mula terdampar di atas kanvas catan dengan gaya yang tersendiri. Penerokaan seni ini ternyata memberikan dimensi baru kepada medium penghasilan batik. Antara pelukis yang menjadi perintis kepada catan batik di Malaysia ialah Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan juga Tay Mo Leong. Antara contoh catan batik yang terkenal ialah ’Fruit Season’(1988) oleh Chuah Thean Teng.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:49 PG

    bolehkah anda post-kan gambar2 orang melayu pada era 1930an?
    saya sedang membuat kajian tentang tentang filem-filem melayu pada era 1930an dan saya ingin sekali mendapatkan gambar2.
    jika boleh, emel saya di: az_rock_pop@hotmail.com

    BalasPadam

Subscribe
Related Posts with Thumbnails

MEMBER

GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG

online

Blog Ini Cam Maner...?