
aduhh tembikar.........
Bahan dan alatan yang digunakan dalam kursus ini adalah amat bersesuaian. Dari segi penyesuaian teknik ketiga-tiga teknik asas yang di pelajari seperti teknik picit, lingkaran dan kepingan yang dikombinasikan dalam menghasilkan tembikar final ini iaitu tembikar labu air yang diketegorikan dalam tembikar sayong.
Sewaktu proses pembuatan tembikar dijalankan, penggunaan teknik yang sesuai amat penting untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kelembutan tangan dan jari menbantu dalam menghasilkan labu air yang mengunakan teknik lingkaran. Jika tidak berhati-hati kemungkinan besar bentuk produk tersebut akan berbeza kerana ketebalan tanah yang tidak seimbang.
Apabila produk telah siap dibentuk, langkah seterusnya perlulah diberi perhatian semasa kita hendak mengukir motif pada produk tersebut. Sebelum mengukir, keadaan tembikar dalam keadaan separuh kering atau ”leader head” untuk menpermudahkan ukiran pada permukaan tembikar yang geluk. Seperti kumpulan saya motif yang dipilih ialah segi empat yang berbentuk segi empat dan ini merupakan motif geometri pada permukaan tembikar. Motif pada tembikar juga diaplikasikan motif pucuk rebung sebagai motif tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan